73_Aliran Akhir Zaman

73_Aliran Akhir Zaman

Selasa, 19 Januari 2016

73 GOLONGAN AKAN BERPECAH DAN HANYA SATU GOLONGAN AKAN MASUK KE DALAM SYURGA


Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:
"وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ قِيْلَ مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَهْلُ السَّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ".
Terjemahan:
 Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah? Nabi bersabda: Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah”.                                 
                                                                     [Diriwayatkan oleh al-Tabarani]        
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:
"عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَفَرَّقَتْ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَالنَّصَارَىْ مِثْلَ ذَلِكَ وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً".
Terjemahan:
 Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau berkata: bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihai wasallam bersabda: Orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan dan Nasrani seperti itu juga, dan Umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan”.                                 
                                                                     [Diriwayatkan oleh al-Tirmizi]        
Sejarah mencatatkan bahawa dalam kalangan umat Islam semenjak abad permulaan, terutama pada zaman Khalifah Sayyiduna ‘Ali ibn Abi Thalib, hingga sekarang ini terdapat banyak golongan (firqah) dalam masalah akidah. Fahaman akidah di antara satu sama lain mempunyai perbezaan bahkan saling bertentangan. Ini adalah fakta yang tidak dapat kita nafikan kerana Rasulullah sallallahu`alaihi wasallamsendiri menyatakannya sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bahawa umat baginda akan berpecah kepada 73 golongan. Semua ini adalah dengan kehendak Allah dan ia mempunyai berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya, walaupun kita tidak mengetahui secara pasti akan hikmah-hikmah tersebut.
Namun demikian, Rasulullah juga telah menjelaskan jalan yang selamat yang harus kita ikuti agar tidak terjerumus di dalam lembah kesesatan dan kekufuran. Kunci keselamatan tersebut adalah dengan mengikuti apa yang telah dipegangi oleh ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah kerana ia adalah keyakinan yang telah dipegang teguh oleh majoriti umat Islam. Kerana Allah sendiri telah menjanjikan kepada Nabi bahawa umatnya ini tidak akan sesat selama mana mereka berpegang teguh terhadap apa yang disepakati oleh ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Allah tidak akan mengumpulkan mereka semua di dalam kesesatan kerana kesesatan.
Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
"إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً  قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ".
Terjemahan:
 “Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku”.
                                                                     (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis ini maka para ilmuwan Islam membuat kesimpulan bahawa mereka yang mengikut sunnah Nabi iaitu pegangannya dan para sahabatnya maka mereka dikenali sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, dan golongan inilah yang terselamat dari kekufuran dan api neraka. Al-Imam al-Mufti Sheikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husain bin Umar  Ba`alawi[1] membuat kesimpulan tersebut:
1-Syiah berpecah kepada 22 aliran
2-Khawarij berpecah kepada 20 aliran
3-Muktazilah kepada 20 aliran
4-Murjiah kepada 5 aliran
5-Najjariah kepada 3 aliran
6- Al-Jabbariah 1
7-Al-Musyabbihah 1
Carta golongan:
Oleh itu jelaslah, kalau ditambah satu aliran lagi dengan fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallamdi dalam hadis yang di riwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi tersebut. Kesimpulannya, golongan yang terkeluar dari landasan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka semuanya akan masuk ke dalam neraka dan kekal di didalamnya buat selama-lamanya kerana akidah mereka telah menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.
SIAPAKAH AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA`AH??? 
Dari sudut bahasa,  perkataan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:
Pertama, perkataan Ahl yang bererti keluarga, pengikut atau golongan[2].
Kedua, perkataan al-Sunnah. Dari sudut literal, perkataan al-Sunnah mempunyai pengertian al-Thariqah(jalan atau perilaku), baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak. Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu.[3] Kiyai Haji Hasyim al-Asy`ari mengatakan:[4]
"السُّنَّةُ  كَمَا قَالَ أَبُو الْبَقَاءِ فِيْ كُلِّيَّاتِهِ: لُغَةً الطَّرِيْقَةُ وَلَوْ غَيْرَ مَرْضِيَّةً، وَشَرْعًا اِسْمٌ لِلطَّرِيْقَةِ الْمَرْضِيَّةِ الْمَسْلُوْكَةِ فِي الدِّيْنِ سَلَكَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرُهُ مِمَّنْ هُوَ عَلَمٌ فِي الدِّيْنِ كَالصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، لِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ مِنْ بَعْدِيْ".
Terjemahan:
 "As-Sunnah seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa’ di dalam kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan, meskipun (jalan tersebut) tidak diredhai. Manakala al-Sunnah menurut istilah syara` adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diredhai di dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum, berdasarkan sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, Ikutilah sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin sesudahku".
Ketiga, perkataan al-Jama`ah. Secara terminologi, perkataan al-Jama`ah membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam), dengan erti bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Abdary (1328-1429 H/1910-2008 M), berikut ini:[5]
"لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ السُّنَّةِ هُمْ جُمْهُوْرُ الْأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ وَهُمُ الصَّحَابَةُ وَمَنْ تَبِعَهُمْ فِي الْمُعْتَقَدِ أَيْ فِيْ اُصُوْلِ الاِعْتِقَادِ...وَالْجَمَاعَةُ هُمُ السَّوَادُ الْاَعْظَمُ".
Terjemahan:
 "Hendaklah diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah majoriti umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip akidah…Sedangkan al-Jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Sawad al-A`zam) [daripada kaum muslimin]". 
Pengertian perkataan al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) dilihat seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[6]
"عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ, سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ أُمَّتِيْ لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ, فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ".
Terjemahan:
 "Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti". 
Pengertian bahawa al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[7]
"عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ, قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثٌ لا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلَاصُ الْعَمَلِ، وَالنَّصِيْحَةُ لِوَلِيِّ الْأَمْرِ، وَلُزُوْمُ الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ".
Terjemahan:
 "Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa [pemerintah] dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka".
Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut golongan majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal saleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar daripada golongan majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka, sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin[8].
Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahawa golongan yang terselamat adalah golongan majoriti[9]. Pengertian ini adalah sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana jika dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, perinsip-perinsip ajaran kedua-dua aliran ini telahpun diikuti oleh majoriti kaum Muslimin di dunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana mengikuti kedua-dua aliran ini bererti mengikuti golongan majoriti kaum Muslimin, manakala mereka yang berlepas diri daripada mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi bererti telah keluar daripada golongan majoriti kaum Muslimin.
وَأَفْضَلُ هَؤُلَاءِ أَهْلِ الْقُرُوْنِ الثَّلَاثَةِ الْمُرَادُوْنَ بِقَوْلِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((خَيْرُ الْقُرُوْنِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ)). وَالْقَرْنُ مَعْنَاهُ مِائَةُ سَنَةٍ كَمَا رَجَّحَ ذَلِكَ الْحَافِظُ أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ عَسَاكِرَ وَغَيْرُهُ.
Terjemahan:
 Dan yang paling afdhal dalam kalangan mereka [Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah] tersebut adalah mereka yang merupakan ahli kurun yang ketiga hijrah iaitu mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis baginda sallallahu`alaihi wasallam((Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian mereka yang datang selepas kurunku, kemudian mereka yang datang selepas mereka yang mengikut kurunku)). Satu kurun bermaksud seratus tahun sepertimana yang telah ditarjihkan definisi tersebut oleh al-Hafiz Abu al-Qasim bin `Asakir dan cendekiawan yang selain daripada beliau.
Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini di susun dengan cara yang sistematik oleh dua orang ulama’ yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam  di zamanya dan zaman selepas mereka, maka penyebutanAhl al-Sunnah Wa al-Jama`ah selalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama’ ini.
Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya “Ittihaf Sadat al-Muttaqin” syarah bagi kitab “Ihya’ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazali[10].
"إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ".
Terjemahan:
 "Apabila disebut ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka  yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al- Maturidi)".
Berkata Syaikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H) di dalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar”:[11]
"قَوْلُهُ (عَنْ مُعْتَقَدْنَا) أَيْ عَمَّا نَعْتَقِدُ مِنْ غَيْرِ الْمَسَائِلِ الْفَرْعِيَّةِ مِمَّا يَجِبُ اعْتِقَادُهُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ بِلَا تَقْلِيْدِ أَحَدٍ، وَهُوَ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ، وَهُمْ مُتَوَافِقُوْنَ إِلَّا فِيْ مَسَائِلَ يَسِيْرَةٍ أَرْجَعَهَا بَعْضُهُمْ إِلَى الْخِلَافِ اللَّفْظِيِّ كَمَابَيْنَ فِيْ مَحَلِّهِ".
Terjemahan:
 "Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukalaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan mereka adalah sama pandangan kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya".
Telah berkata al-Syaikh Hassan Ibrahim di dalam kitabnya Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie:[12]
"وَلَمْ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلُ السُّنَّةِ)) إِلَّا فِى الْعَصْرِ الْعَبَّاسِى الْأَوَّلِ فِى الْوَقْتِ الَّذِىْ تَطَوَّرَ فِيْهِ مَذْهَبُ الْمُعْتَزِلَةِ، حَتىَّ أَصْبَحَ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلِ السُّنَّةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَاسْمُ ((الْمُعْتَزِلَةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَأْخُذُ بِالْكَلَامِ وَالنَّظَرِ. أَمَّا فِىْ صَدْرِ الْإِسْلَامِ فَكَانَ يُطْلَقُ عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ اِسْمُ ((الصَّحَابَةِ))، لِأَنَّهُمْ اِجْتَمِعُوْا مَعَ الرَّسُوْلِ وَنَاصَرُوْهُ. كَمَا أَطْلِقُ عَلَى مَنْ أَنَى بَعْدَ هُمْ الأَتْبَاعُ وَأَتْبَاعُ الْأَتْبَاعِ. وَظَلَّتِ الْحَالُ كَذَلِكَ إِلَى أَنِ انْتَصَرَ أَبُوْ الْحَسَنِ الْأَشْعَرِىِّ وَأَتْبَاعُهُ عَلَى الْمُعْتَزِلَةِ، وَاضْمَحَلَتْ أَكْثَرَ الْفِرَقِ الْإِسْلَامِيَّةِ الْأَخْرَىْ، فَلَمْ يَعُدْ هُنَاكَ سِوَىْ الشِّيَعَةُ وَأَهْلُ السُّنَّةِ، فَيُقَالُ هَذَا شِيْعِىْ وَذَاكَ سَنِّىْ، وَاسْتَمَرَّتْ هَذِهِ التَّسْمِيَةُ إِلَى الْوَقْتِ الْحَاضِرِ".
Terjemahan:
 "Istilah ahl al-Sunnah hanya digunakan bermula pada zaman permulaan kerajaan Abbasiyyah iaitu zaman di mana mazhab mu`tazilah sedang berkembang. Pada ketika itu penggunaan istilah ahl al-Sunnah merujuk kepada mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunah, manakala istilah mu`tazilah pula digunakan bagi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam siri-siri perdebatan. Adapun pada zaman awal Islam, istilah sahabat telah digunakan bagi merujuk kepada mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana mereka semua telah berhimpun bersama-sama Rasulullah dan membantu baginda. Penggunaan istilah ini berterusan sehinggalah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bersama pengikut dapat mengalahkan golongan mu`tazilah (dalam masa yang sama) aliran-aliran yang lain di dalam Islam terjadi semakin lemah, (akhirnya) hanya tinggal dua puak sahaja yang masih kekal pada ketika itu, iaitulah al-Syi`ah dan ahl al-Sunnah, maka dikatakan satu puak sebagai Syi`e dan satu puak yang satu lagi sebagai Sunniy. Penamaan/gelaran ini telah berterusan (digunakan) sehingga kini".
Al-Syeikh Prof Dr. Ali Juma`ah iaitu mufti Mesir pada masa ini menjelaskan tentang mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di dalam kitabnya:[13]
"مَذْهَبُ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ -الْأَشَاعِرَةِ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةِ- مَذْهَبُ وَاضِحٌ فِيْ جَمِيْعِ أَبْوَابِ عِلْمِ التَّوْحِيْدِ، وَلَكِنَّ أَكْثَرَ مَا يُنْكِرُهُ مَنْ جَهَلُوْا حَقِيْقَةَ الْمَذْهَبِ مَسْأَلَةً فِيْ الإِيْمَانِ بِاللهِ.
Terjemahan:
 "Mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah –al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah- adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun banyak orang-orang yang mengingkarinya ialah orang-orang yang jahil terhadap mazhab tersebut yang sebenar pada masalah iman kepada Allah." 
Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama’ salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini kerana sebenarnya kedua-dua golongan ini hanyalah meringkas dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahl al-Sunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari kalangan mazhab Hanbali. Aqidah ini diajarkan di seluruh pondok Ahl al-Sunnah di negara kita, Malaysia. Dan alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara di daratan Syam (iaitu Syiria, Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi, Yaman, Iraq, Turki, Daghestan, Chechnya, Afghanistan dan masih banyak lagi di negara-negara lain. Oleh itu, wajib ke atas kita untuk memberi perhatian dan kesungguhan dalam mendalami aqidah al-Firqatun-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti umat Islam.
Nama lengkap Abu al-Hassan al-Asy`ari ialah Abu al-Hassan `Ali ibn Isma`il ibn Abu Basyar Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah (sahabat Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam dikenali dengan nama Abu Musa al-Asy`ari) ibn Qais al-Asy`ari. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah (Iraq), selepas 55 tahun kewafatan al-Imam al-Syafi`e. Beliau telah wafat pada tahun 324 Hijrah di Basrah pada usia 64 tahun.
Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam ahli kalam, pendukung Sunnah Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam, pembantu agama yang pakar dalam bidang keilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang akidah, sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula ilmu akidah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.
Definisi Al-Asya`irah
Perkataan al-Asya`irah diberikan atau digunakan kepada mereka yang menjalani dan mengikut metode al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam perkara I`tiqad (keyakinan) (tidak secara taqlid buta tetapi dengan cara mengambil petunjuk).
Ia di nisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebagaimana dinisbahkan kepada mazhab empat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi`e dan al-Imam Ahmad ibn Hanbal dalam masalah furu` fiqhiyyah. Sekalipun mereka berlainan atau berbeza pada jalan-jalan istinbat dan pengeluaran hukum-hakam, namun mereka bersatu pada sumber dan ambilan. Demikian juga al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam bidang Usuluddin yang mengambil daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang mulia dan berjalan di atas manhaj para Salaf al-Salih. Perkataan al-Asya`irah dinisbahkan kepadanya kerana beliau telah merintis jalan tersebut dan menyusun serta memasyhurkannya kepada umat manusia selepas ahli bid`ah dan orang yang mengikut hawa nafsu berusaha menghapuskannya.
DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN AL-IMAM ABU AL-HASSAN AL-ASY`ARI INI BENAR:
Terdapat banyak dalil yang menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari adalah benar dan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menyusun kerangka `Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang bertetapan dengan aqidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatradiyallahu`anhum ajmaien.
Ramai dari kalangan kumpulan ulama’ besar yakin dengan berita gembira yang dibawa oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam mengenai kehadiran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebagaimana yang terdapat didalam hadis al-Asy`ariyyin.
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:
"عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْىٍ قَالَ إِنِّي عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَائَهُ قَوْمٌ مِنْ بَنِي تَمِيْمٍ فَقَالَ اِقْبَلُوْا البُشْرَى يَا بَنِيْ تَمِيْمٍ قَالُوْا بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا فَدَخَلَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ اِقْبَلُوْا البُشْرَى يَا أَهْلِ الْيَمَنِ إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُوْ تَمِيْمٍ قَالُوْا قَبِلْنَا جِئْنَاكَ لِنَتَفَقَّهَ فِي الدِّيْنِ وَلِنَسْأَلَكَ عَنْ أَوَّلِ هَذَا الأَمْرِ مَا كَانَ قَالَ كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَيْءٍ".
Terjemahan:
 “Dari Imran bin Husain radiyallahu`anhu berkata: “Aku bersama Nabi sallallahu`alahi wasallam, tiba-tiba datanglah kaum dari golongan Bani Tamim (penduduk Najd), Nabi sallallahu`alaihi wasallam berkata kepada mereka: “Terimalah khabar gembira wahai Bani Tamim!”, mereka menjawab: “Engkau telah memberi kami khabar gembira kepada kami, oleh kerana itu berilah kami (harta benda)”. Lalu datanglah orang-orang dari penduduk Yaman. Nabi sallallahu`alaihi wasallam berkata kepada mereka: “Terimalah berita gembira wahai penduduk Yaman, kerana Bani Tamim tidak mahu menerimanya!” Penduduk Yaman menjawab: “Kami menerima khabar gembira itu wahai Rasulullah dengan senang hati. Kami datang kesini untuk mempelajari ilmu agama dan untuk menanyakan perihal permulaan apa yang ada di dunia ini!” Nabi sallallahu`alaihi wasallam menjawab: “Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selain-Nya masih belum wujud. `Arasy Allah itu berada di atas air. Kemudian Allah menciptakan langit dan bumi dan mencatat segala sesuatu dalam Lauh al-Mahfuz ”.                                 
                                                             [Diriwayatkan oleh al-Imam al Bukhari]        
Hadith di atas memberi gambaran yang sangat jelas kepada kita mengenai perbezaan di antara sifat penduduk Yaman dan penduduk Bani Tamim yang tinggal di Najd. Penduduk Yaman  yang hatinya sangat lembut dan sangat halus, sifat mereka mudah menerima dan mematuhi kebenaran serta mementingkan ilmu agama daripada meminta harta benda atau kekayaan duniawi. Hal tersebut berbeza dengan kaum Bani Tamim yang tinggal di Najd, yang tidak mementingkan ilmu agama, bahkan mementingkan harta benda dan meminta kekayaan duniawi daripada Nabi sallallahu`alaihi wasallam.
Penduduk Yaman memiliki kemahuan yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan menanyakan persoalan penting dalam pandangan agama iaiatu mengenai keesaan Allah yang bersifat baharu, yang merupakan perbahasan penting di dalam ilmu tauhid. Berdasarkan hadith tersebut, para ulama’ ahli hadith seperti al-Imam al-Hafiz dan lain-lain berpandangan bahawa sifat al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang bersungguh-sungguh mendalami ilmu akidah dan menyebabkan beliau menjadi pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di dalam bidang akidah. Jelaslah bahawa penduduk Yaman ini mempunyai sifat yang bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu pengetahuan agama dan persoalan akidah sehingga bertanya secara langsung kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Di dalam hal ini, al-Imam al-Hafiz al-Baihaqi berkata[14]:
 
"قَالَ أَبُوْ بَكْرٍ الْبَيْهَقِيُّ: وَفِيْ سُؤَالِهِمْ دَلِيْلٌ عَلَى أَنَّ الْكَلَامَ فِيْ عِلْمِ الْأُصُوْلِ وَحَدَثِ الْعَالَمِ مِيْرَاثٌ لِأَوْلَادِهِمْ عَنْ أَجْدَادِهِمْ".
Terjemahan:
"Al-Hafiz Abu Bakr al-Baihaqi berkata: “Pertanyaan penduduk Yaman kepada Nabi sallallahu`alaihi wasallam tersebut, menjadi bukti bahwa kajian tentang ilmu akidah dan barunya alam telah menjadi warisan keluarga al-Asy`ari dari keturunan mereka secara turun temurun".
Berdasarkan keterangan di atas, tidak hairanlah apabila di kemudian hari, dari kalangan suku al-Asy`ari lahir seorang ulama’ yang menjadi pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dalam memahami dan mempertahankan akidah yang diajarkan oleh Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan sahabatnya iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari.
Selain itu, hadith ini juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah telah wujud sejak dari azali (tidak ada permulaan), sedangkan pada ketika itu, suatu tempat pun tidak ada, suatu masa pun tidak ada, suatu arah pun tidak ada, `Arasy pun tidak ada, suatu langit pun tidak ada, suatu benda pun tidak ada, gerakan pun tidak ada, suatu diam pun tidak ada, suatu gelap pun tidak ada, suatu cahaya pun tidak ada.
Sebenarnya al-Imam al-Bukhari telahpun meriwayatkan dalam kitabnya Sahih al-Bukhari daripada Abu Hurairah radiyallahu`anhu.
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:
"أَتَاكُمْ أَهْلُ الْيَمَن هُمْ أَرَقُّ أفئدةً وَأَلْيَنُ قُلُوْبًا الإِيْمَانُ يَمَانٌ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَّةٌ".
Terjemahan:
“Orang Yaman telah datang kepada kamu, mereka amat halus jiwa dan sangat lembut hatinya. Iman adalah Yaman dan hikmah adalah Yamaniyyah”.                                                                
                                                   [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim]
Di dalam hadith yang lain Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda :
"يُقَدَّمُ قَوْمٌ هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةَ مِنْكُمْ              ."
Terjemahan:
“Akan datang suatu kaum, mereka mempunyai hati yang lembut dari kalangan kamu”.
Selepas Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menuturkan hadith ini, datang kaum Al-Asy`ariyyun dari Yaman, di antaranya Abu Musa Al-Asy`ari (datuk Abu al-Hassan al-Asy`ari).                                                                                                                                                 
Allah ta`ala berfirman:
((يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِى اللهُ بِقَوْمٍ يُـحِبُّهُمْ وَيُـحِبُّوْنَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِيْنَ يُـجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ وَلَا يَـخَافُوْنَ لَوْمَةَ لَآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيْهِ مَن يَشَآءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ)).
Terjemahan:
"Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia (Allah) kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia (Allah); mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku keras  terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya". 
         (Surah Al-Maidah : 54)
Al-Hafiz Ibn `Asakir meriwayatkan di dalam kitabnya Tabyin Kadzib al-Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:
"لَمَّا نَزَلَتْ: {فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّوْنَهُ} قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (هُمْ قَوْمُكَ يَا أَبَا مُوْسَىْ) وَأَوْمَأَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى أَبِيْ مُوْسَىْ الأَشْعَرِيِّ".
Terjemahan:
“Tatkala ayat {فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه} turun, lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: “Mereka kaum-mu wahai Abu Musa”, dan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menunjukkan dengan tangan baginda kepada Abu Musa al-Asy`ari”.  
Al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai hadis sahih `ala shahih Muslim. Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibn Abi Hatim, Ibn Sa`d dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabrani dalam kitab al-Mu`jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haythami berkata di dalam kitabnyaMajmu` al-Zawa’id bahawa rijal hadis tersebut adalah rijal al-sahih. 
Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qurtubi berkata di dalam kitab tafsirnya[15]:
"قَالَ الْقُشَيْرِيُّ: فَأَتْبَاعُ أَبِي الْحَسَنِ مِنْ قَوْمِهِ, لأَنَّ كُلَّ مَوْضِعٍ أُضِيْفَ فِيْهِ قَوْمٌ إِلَى نَبِيٍّ أرِيْدَبِهِ الاَتْبَاعُ".
Terjemahan:
“Al-Qusyairi berkata: Maka para pengikut Abu al-Hasan al-Asy`ari adalah termasuk kaumnya(Abu Musa al-Asy`ari) kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi maka maksudnya ialah para pengikut”.
Berkaitan dengan hadis yang mempunyai maksud yang sama dengan hadis di atas iaitu dengan lafaz (هم قوم هذا) yang mafhumnya: “Mereka adalah kaum lelaki ini” sambil Nabi sallallahu`alaihi wasallammengisyarat tangannya kepada Abu Musa al-Asy`ari."
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:
"هُمْ قَوْمُ هَذَا".
Terjemahan:
"Mereka adalah kaum orang ini."      
                                    [Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak]
Oleh yang demikian itu, hadis tersebut adalah busyra (berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah bahawa mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikuti jalan mereka. Aqidah Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah adalah aqidah kaum muslimin dari kalangan Salaf dan Khalaf, aqidah para khalifah dan Sultan yang terdahulu seperti Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih.
Ramai ulama` yang bersetuju dengan pentakwilan hadith ini. Al-Imam Al-Baihaqi menyatakan kemuliaan yang besar dan martabat yang mulia, yang dapat difahami dari hadith ini ialah ditujukan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari kerana beliau berasal dari kaum Abu Musa al-Asy`ari dan dari kalangan generasinya yang dikurniakan limpahan ilmu dan rezeki memahami sesuatu ilmu, mendukung sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, menolak bid`ah, menegakkan hujah dan menolak kesamaran.
Al-Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallambersabda tentang Abu Musa al-Asy`ari dan kaumnya.
Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam  bersabda:
"هُمْ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُمْ".
Terjemahan:
"Mereka dariku dan aku dari mereka".[16]                                                                          
Maka dapat difahami daripada hadis ini, bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa kaum Abu Musa al-Asy`ari adalah merupakan kaum yang dikasihi Allah ta`ala dan mereka mengasihi Allah ta`ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka dan semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang haq dan menghapuskan kebatilan.
Maka tidak hairanlah, Abu al-Hassan al-Asy`ari mendapat ketinggian dan kemuliaan dengan diangkat menjadi ketua Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah pada zamannya dan sehingga hari kiamat. Beliau berketurunan Abu Musa Al-Asy`ari iaitu salah seorang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah ta`ala dan Rasul-Nya. Justeru, sebahagian ulama’ berpendapat bahawa keberkatan ini berkemungkinan kerana tepukan tangan Nabi sallallahu`alaihi wasallamke bahu Abu Musa Al-Asy`ari radhiyallahu`anhu.
Al-Imam al-Baihaqi menyatakan isyarat yang terdapat dalam hadis ini tidak akan dapat difahami oleh seseorang melainkan orang-orang yang mendapat taufiq, mendapat cahaya daripada Allah ta`ala dan orang-orang yang mempunyai ilmu yang mendalam dan dikurniakan dengan pandangan ainul al-basirah(mata hati).
Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qurtubi berkata di dalam kitab tafsirnya[17]:
"وَلْيُعْلَمْ أَنَّ كُلًّا مِنَ الإِمَامَيْنِ أَبِي الْحَسَنِ وَأَبِي مَنْصُوْرٍ-رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا-وَجَزَاهُمَا عَنِ الإِسْلامِ خَيْرًا لَمْ يُبْدِعَا مِنْ عِنْدِهِمَا رَأَيًا وَلَمْ يَشْتَقَّا مَذْهَبًا إِنَّمَا هُمَا مُقَرِّرَانِ لِمَذَاهِبِ السَّلَفِ مُنَاضَلانِ عَمَّا كَانَتْ عَلَيْهِ أَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ...وَنَاظَرَ كُلٌّ مِنْهُمَا ذَوِي الْبِدَعِ وَالضَّلالاتِ حَتَّى انْقَطَعُوْا وَوَلّوْا مُنْهَزِمِيْنَ".
Maksudnya:
“Hendaklah diketahui bahawa masing-masing dari al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi –semoga Allah meredhai keduanya- tidak membuat pendapat baru dan tidak menciptakan mazhab baru dalam Islam. Mereka hanya menetapkan pendapat-pendapat ulama’ Salaf dan membela ajaran sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Mereka telah berdebat dengan golongan ahli bid`ah dan sesat sampai takluk dan melarikan diri”.
Berkata al-Imam  al-Subki (W. 1252 H):[18]
"وَهَؤُلَاءِ الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ وَفَضَلَاءُ الْحَنَابِلَةُ فِي الْعَقَائِدِ يَدٌ وَاحِدَةٌ كُلَّهُمْ عَلَىْ رَأْيِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ يَدِيْنُوْنَ لِلَّهِ تَعَالَى بِطَرِيْقِ شَيْخِ أَهْلِ السُّنَّةِ أَبِيْ الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيِّ...وَبِالْجُمْلَةِ: عَقِيْدَةُ الْأَشْعَرِيِّ هِيَ مَا تَضَمَّنَتُهُ عَقِيْدَةُ أَبِيْ جَعْفَرِ الطَّحَاوِىْ الَّتِيْ تَلَقَّاهَا عُلَمَاءُ الْمَذَاهِبِ بِالْقَبُوْلِ وَرَضُوْهَا عَقِيْدَةً".
Terjemahan:
"Dan mereka iaitu Hanafiyyah, Syafi`eyyah, Malikiyyah dan tokoh-tokoh Hanabilah pada aqidah adalah bersatu di atas satu pandangan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang beriman kepada Allah ta`ala atas jalan Syeikh al-Sunnah Abu al-Hassan al-Asy`ari...secara umumnya aqidah al-Asy`ari ialah aqidah yang terkandung dalam aqidah Abu Ja`far al-Tohawi yang diterima oleh para ulama’-ulama’ mazhab dan redha sebagai aqidah".
Al-Imam al-Qurtubi  menaqalkan kata-kata al-Hafiz al-Baihaqi di dalam kitabnya “Al-Jami` Li Ahkam al-Quran”. Juzuk 6. halaman. 220.
"Demikian itu kerana apa yang terdapat didalamnya dari keutamaan yang besar dan martabat yang mulia untuk al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radhiyalallahu`anhu . Maka dia tergolong dari kaum Abu Musa Al-Asy`ari radhiyalallahu`anhu dan putera-puteranya yang telah diberi ilmu dan dianugerahi pemahaman yang khusus".
Al-Hafiz Ibn `Asakir berkata di dalam kitabnya “Tabyiinu Kadzib Al-Muftari”:
“Dan telah maklum berdasarkan dalil-dalil akal dan bukti-bukti usul bahawa tiada seorangpun daripada anak-anak Abu Musa tidak ada yang dapat menyanggah golongan sesat dan tidak ada yang dapat menolak kekeliruan golongan bid`ah dan sesat dengan hujah-hujah yang ampuh daripada kitab al-Quran dan al-Sunnah dan dengan dalil-dalil yang mantap daripada ijma` dan qiyas melainkan al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari radiyallahu`anhu. Maka beliau telah berjihad melawan musuh-musuh kebenaran, menghentam mereka, memecahkan kata-kata mereka dan menghancurkan kesatuan mereka dengan hujah-hujah akal yang ampuh dan dalil-dalil sam`iyyah (al-Quran dan al-Sunnah) yang mantap”.
Al-Hafiz Ibn `Asakir berkata di dalam kitabnya “Tabyiin Kadzib Al-Muftari” halaman. 397. 
"Mereka (golongan Asya`irah) berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah, menjauhi faktor-faktor  yang membawa kepada fitnah, yang tetap kuat bersabar dalam mempertahankan agama mereka, mengalahkan musuh-musuh dengan kekuatan bantuan hujah, tidak pernah meninggalkan berhujah dengan al-Quran dan hujah-hujah daripada hadis, tidak juga menggunakan akal sebebas golongan Qadariyyah dan Mu`attilah (golongan yang menafikan terus sifat Allah ta`ala), tetapi mereka menggabungkan penggunaan dalil naqli (al-Quran dan al-Hadith) dengan akal, lalu menjauhi manhaj Mu`attilah, bahkan turut menolak kewujudan golongan Mujassimah Musyabbihah (golongan yang menyamakan Allah ta`ala dengan makhluk, mereka berkata Allah mempunyai tangan, muka, duduk di atas `Arasy tetapi duduk-Nya tidak sama dengan makhluk), lalu membongkar kesesatan fahaman ahli bid`ah  dengan dalil-dalil yang  nyata. Mazhab mereka (Asya`irah) adalah pertengahan, masyrab (asas) mereka adalah asas yang sebaik-baiknya, kedudukan mereka adalah kedudukannya sebaik-baiknya, darjat mereka adalah setinggi-tinggi darjat, yang  mana mereka tidak pernah tercela dengan celaan orang yang mencela atau direndahkan oleh orang yang mempertikaikan".
Al-Imam Taj al-Din `Abd  al-Wahhab ibn `Ali ibn `Abd al-Kafi al-Subki (W 771) berkata di dalam kitabnya“Tabaqaat al-Syafi`iyyah al-Kubra” jilid 2, halaman. 263.
"Ketahuilah, bahawa Abu al-Hassan al-Asy`ari tidak mereka atau mencipta suatu pendapat dan tidak menubuhkan suatu mazhab, tetapi beliau hanya menetapkan atau memperakui mazhab Salaf dan mempertahankan apa yang pernah dipegang oleh sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Ia dinisbahkan kepadanya hanya kerana beliau telah mengikatnya di atas jalan Salaf dan berpegang dengannya serta menegakkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil di atasnya. Maka jadilah orang yang mengikutnya di atas jalan ini dinamakan sebagai Asy`ari atau al-Asya`irah". 
Al Habib Abdullah ibn `Alawi al-Haddad berkata di dalam kitabnya “Risalah al-Mu`awanah”, halaman., 60-61.
"Kumpulan  yang terselamat ialah kumpulan yang dikenali sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Beliau menyatakan bahawa aqidah yang disusun oleh Abu al-Hassan al-Asy`ari merupakan aqidah ahli kebenaran. Mereka ialah golongan yang berpegang dengan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, sahabat-sahabatnya dan salafussoleh. Dinamakan Al-Asya`irah kerana ia dinisbahkan kepada Syeikh Abu al-Hassan al-Asy`ari yang telah menyusun kaedah-kaedah aqidah ahl al-Sunnah dan menulis dalil-dalilnya. Ia merupakan aqidah yang telah disepakati oleh sahabat dan orang-orang yang selepasnya dari kalangan tabi`in yang besar, iaitu aqidah Ahli Sunnah bagi ahli setiap zaman dan tempat. Ia merupakan aqidah seluruh ahli tasawwuf sebagaimana yang disebut oleh Abu Qasim Al-Qusyairi pada awal penulisan kitab Risalahnya. Alhamdulillah, ia merupakan aqidah kami dan aqidah saudara-saudara kami dari kalangan ketua-ketua keturunan Sayyiduna Husain radhiyallahu`anhu yang terkenal dengan keluarga Ba`alawi dan aqidah ahli-ahli Salaf kami semenjak zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam hingga ke hari ini.
Kemudian aku bernasyid :
"وَكُنْ أَشْعَرِيًّا فِيْ اعْتِقَادِكَ إِنَّهُ  هُوَ الْمَنْهَلُّ الصَّفِيُّ عَنِ الزَّيْغِ وَالْكُفْرِ".
Terjemahan:
"Dan hendaklah kamu menjadi Asy`ari pada aqidah kamu kerana sesungguhnya ia adalah aliran yang bersih daripada sebarang penyelewengan dan kekufuran".
Oleh itu, jelaslah bahawa al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari dan para pendokong atau pengikut beliau yang digelar al-Asy`ariyyun atau al-Asya`irah mempunyai jasa besar dalam membersihkan umat Islam dari kekotoran aqidah ahli bidaah seperti aqidah al-Mu`tazilah, al-Jahmiyyah, al-Mujassimah dan al-Musyabbihah. Bahkan, kebanyakan para pendokong, pemimpin ilmu Islam dan pembela Islam adalah dari kalangan al-Asya`irah, sedangkan golongan mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka sejak zaman-berzaman sehingga kini dari segi ilmu, warak, taqwa dan jasa.
Namun hairan, di sana ada suara-suara janggal yang melempar pelbagai tuduhan dan kejian terhadap al-Asya`irah dan metode pengajian aqidah tauhid mereka. Suara-suara liar itu menuduh bahawa al-Asya`irah bukanlah Ahl al-Sunnah, bahkan ada yang mengkafirkan mereka atau menggolongkan mereka ke dalam puak al-Mu`attilah semata-mata menyerahkan makna nusus mutashabihat kepada Allah dan Rasulullah. Ada yang mendakwa bahawa metode pengajian tauhid secara ilmu kalam yang didokong oleh al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (sifat 20 atau sifat 13) itu memundurkan umat Islam, tidak menggerunkan musuh Islam, dan menyusahkan, berbelit-belit, mengelirukan atau memeningkan kepala. Suara-suara pelik ini sebenarnya dimomokkan oleh golongan al-Wahhabiyyah yang menggelarkan diri mereka sebagai Salafiyyah.
Bagaimana mungkin majoriti umat Islam ini boleh dihukumkan sebagai kafir al-Mu`attilah (golongan yang menafikan sifat-sifat Allah atau menafikan kewujudan Allah) atau golongan sesat? Sedangkan Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam telah menyatakan bahawa kebanyakan umat baginda tidak sesat dan inilah antara keistimewaan umat ini sebagaimana sabda baginda:[19]
"إِنَّ اللهَ لا يَجْمَعُ أُمَّتِيْ عَلَى ضَلالَةٍ".
Terjemahan:
“Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku di atas suatu kesesatan”
Menurut riwayat Ibn Majah ada suatu tambahan:
"فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسِّوَادِ الأَعْظَمِ".
Terjemahan:
“Maka jika kamu melihat suatu perselisihan, maka kamu hendaklah bersama kumpulan yang paling besar”.
Hadis di atas disokong atau dikuatkan oleh hadis mawquf ke atas Abu Mas`ud al-Badri, iaitu:[20]
"وَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللهَ لا يَجْمَعُ هَذِهِ الأُمَّةَ عَلَى ضَلالَةٍ".
Terjemahan:
“Dan kamu hendaklah bersama kumpulan kerana sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umat ini di atas suatu kesesatan”
Hadis di atas juga disokong oleh hadis mawquf ke atas `Abdullah ibn Mas`ud dan hadis ini thabit daripada beliau:[21]
"مَا رَءَاهُ الْمُسْلِمُوْنَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ حَسَنٌ وَمَا رَءَاهُ الْمُسْلِمُوْنَ قَبِيْحًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ قَبِيْحٌ".
Terjemahan:
“Suatu yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai baik maka perkara itu baik di sisi Allah, dan suatu yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai buruk maka perkara itu buruk di sisi Allah”.
Sesungguhnya pernyataan bahawa kebanyakan atau majoriti umat ini terpelihara dari kesesatan tidak menafikan hadis sahih ini, iaitu sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[22]
"لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ حَتَّى تَقُوْمَ السَّاعَةِ".
Terjemahan:
“Satu golongan daripada umatku sentiasa zahir di atas kebenaran sehingga Kiamat berlaku”
Sabdaan Nabi sallallahu`alaihi wasallam ini bermaksud bahawa di kalangan umat baginda ada segolongan yang berpegang teguh dengan agama Islam secara sempurna, dan ini tanpa ragu bahawa golongan yang berpegang teguh dengan agama secara sempurna adalah kaum minoriti. Meskipun begitu, hadis tersebut tidaklah bermaksud bahawa kebanyakan orang Islam dalam keadaan sesat dari sudut aqidah sehingga keluar dari agama Islam sebagaimana yang didakwa secara terang-terangan oleh puak al-Wahhabiyyah dan golongan yang seumpama mereka.
Selain itu, sabdaan Nabi sallallahu`alaihi wasallam itu juga mengisyaratkan kepada kita bahawa ilmu serta perjuangan Islam akan sentiasa berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi sedari zaman penurunan wahyu ketika hayat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam hingga hari terakhir yang dikehendaki Allah untuk umat Islam. Fitnah al-Wahhabiyyah ke atas Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah boleh dianggap sebagai satu usaha dakyah mereka untuk memutuskan kesinambungan kebenaran Islam sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis tersebut.
Dewasa ini, aliran Wahhabi menamakan dirinya kelompok Salafi dan juga mengaku sebagai pengikut Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah, akan tetapi para ulama’ terkemuka dari kalangan ahli tafsir, ahli hadis dan ahli fiqh yang mengikuti mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`e dan Hanbali tidak mengakui mereka sebagai Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah.[23] Bahkan aliran Wahhabi ini disepakati sebagai kelangsungan daripada aliran sesat Khawarij pada zaman awal Islam yang mengkafirkan dan menghalalkan darah orang Islam yang tidak mengikut fahaman mereka. Dalam hal ini, al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Shawi al-Maliki telah berkata di dalam kitabnya ketika mentafsirkan surah al-Kahfi ayat 6.
Firman Allah ta`ala:
((فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَى ءَاثَــــٰرِهِمْ إِن لَّـمْ يُؤْمِنُوا بِـهَـٰذَا الْـحَدِيْثِ أَسَفًا)).
Terjemahan:
"Maka jangan pula Engkau (Wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan al-Quran ini".
                                                                                                           (Surah al-Kahfi: 6)
Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Shawi al-Maliki telah mentafsirkan ayat di atas dengan berkata[24]:
"فَفِيْ هَذِهِ الآيَاتِ تَسْلِيَةٌ لَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُفْرِ قَوْمِهِ وَقِيْلَ هَذِهِ الآيَةُ نَزَلَتْ فِي الْخَوَارِجِ الَّذِيْنَ يُحَرِّفُوْنَ تَأْوِيْلَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَيَسْتَحِلُّوْنَ بِذَلِكَ دِمَاءَ الْمُسْلِمِيْنَ وَأَمْوَالَهُمْ كَمَا هُوَ مُشَاهَدٌ الآنَ فِيْ نَظَائِرِهِمْ, وَهُمْ فِرْقَةٌ بِأَرْضِ الْحِجَازِ يُقَالُ لَهُمْ الْوَهَّابِيَّةُ يَحْسَبُوْنَ أَنَّهُمْ عَلَى شَيْءٍ أَلا اِنَّهُمْ هُمُ لْكَاذِبُوْنَ اِسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَاللهِ أَوْلِئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلااِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانَ هُمُ الْخَاسِرُوْنَ نَسْأَلُ اللهَ الْكَرِيْمَ أَنْ يَقْطَعَ دَابِرَهُمْ وَقِيْلَ نَزَلَتْ فِى الْيَهُوْدِ".
Terjemahan:
"Maka di dalam ayat tersebut terdapat hiburan (untuk menggembirakan hati Rasulullah) bagi rasulullah sallallahu`alaihi wasallam (untuk membuangkan kesedihan) di atas kekufuran kaumnya. Dikatakan juga bahawa ayat ini diturunkan berkenaan puak Khawarij yang memesong/mengubah/takwilan al-Qur’an dan al-Sunnah, untuk menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka (yakni antara pemesongannya adalah seperti ayat-ayat yang ditujukan kepada orang kafir dan musyrik, mereka mengalihkan kepada orang Islam dengan tujuan untuk mengkafirkan dan memusyrikkan sesama Islam), sebagaimana yang dapat disaksikan sekarang kelompok yang mempunyai pendapat-pendapat seperti mereka iaitu satu firqah di Hijaz yang dipanggil sebagai al-Wahhabiyyah di mana mereka mengira mereka berada di atas kebenaran. Ketahuilah bahawasanya mereka adalah pendusta yang dikuasai oleh syaitan sehingga mereka lupa untuk mengingati Allah. Merekalah Hizb al-Syaitan, ketahuilah bahawa Hizb al-Syaitan adalah golongan yang rugi. Kita memohon kepada Allah al-Karim agar memutuskan tipu daya mereka". 
[1]Al-Imam al-Mufti Sheikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husain bin Umar  Ba`alawi(1382 H),Bughyah al Mustarsyidin, Kaherah Mesir: Matbaah Amin Abdul majid, h. 398.
[2] Muhammad Salih Muhammad al-Sayid (1987), Asalat `Ilm al-Kalam, Kaherah: Dar al-Thaqafah, h. 14.
[3] Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, h. 29.
[4] K.H. Hasyim al-Asy`ari (1418 H), Risalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Jombang: Maktabah al-Turath, h. 5.
[5] Al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Abdary (1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-Masyari`, h. 14-15.
[6] Hadis riwayat Ibn Majah (3950), Abd bin Humaid di dalam Musnad-nya (1220) dan al-Tabarani di dalamMusnad al-Syamiyyin (2069). Al-Hafiz al-Suyuti menilainya sebagai sahih di dalam kitab al-Jami` al-Saghir(1/88).
[7] Hadis riwayat al-Tirmizi (2582), Ahmad (12871) dan al-Hakim (1/88) yang menilainya sahih sesuai dengan pensyaratan al-Bukhari dan Muslim.
[8] Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi (2001), Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih,  Jamal `Aitabi (ed.), Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, , j. 1, h. 442.
[9] Abdurra`uf al-Munawi (2001), Faidh al-Qadir Syarh al-Jami` al-Saghir, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, j. 2, h. 546; Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi(2001), op.cit., h. 383.
[10] Imam Al-Zabidi (t.t.), Ithaf al-Saadah al-Muttaqin,(t.tp):  (t.p), j. 2, h. 6.
[11] Ibn Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah radd al-Mukhtar, Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 52.
[12] Hassan Ibrahim (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie, j. 2, c. 7, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h. 162-163.
[13] Ali Juma`ah (2005), al-Bayan lima Yashghul al-Azham, Kaherah: al-Maqatam li al-Nasyr wa al-Tauzi`, h. 140.
[14] Al-Hafiz Ibn Asakir (1347 H), Tabyin Kizb al-Muftari, Damaskus:  al-Taufiq,  h. 66
[15] Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qurtubi (t.t), al-Jami` li Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Fikr, j. 6, h. 220.
[16] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Shahih Bukhari : Kitab Al-Maghoziy, Bab Quduumil Asy`ariyyun wa Ahlul Yaman/ bab kedatangan al Asy`ariyyun dan orang Yaman.
[17] Al-Hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 2, h. 7.
[18] Al-Subki, Abu Nasr Abdul Wahhab bin Ali bin Abd al-Kafi(t.t). Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra. Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyyah, j. 3, h. 365-369.
[19] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnad Ahmad.
[20] Diriwayatkan oleh Ibn Abi `Asim dalam al-Sunnah. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Muwafaqatul-Khabar al-Khabar berkata: “Isnadnya hasan”.
[21] Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad Ahmad dan lihat Kashful-Astar `an Zawa’idil-Bazzar oleh al-Hafiz al-Haythami. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Muwafaqatul-Khabar al-Khabar berkata: “(Hadis) ini mawquf hasan”.
[22] Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak.
[23] Abu Hamid bin Marzuq(1967), Bara’at al-Asy`ariyyin min `Aqaid al-Mukhalifin, Damaskus: Mathba`ah al-`Ilm, j. 2, h. 209-219.
[24] Ahmad bin Muhammad al-Shawi(t.t), Hasyiah al-Shawi `ala al-Jalalain, (t.tp): Dar al-Ihya’ al-`Arabiyyah, j. 3, h. 255.
Posted by

Tidak ada komentar:

Posting Komentar